Sunday, October 10, 2010

Keluargaku....

Assalammualaikum.... Hari ni aku terase mcm nak cakap pasal family aku la. Betapa pentingnya family aku pada aku. Mcm org Jepun selalu cakap, "ご家族は一番大事なものです。" yang berbunyi "go kazoku wa ichiban daiji na mono desu.". Maksudnya adalah "Keluarga adalah benda yang paling penting.". Aku betul-betul setuju dengan statement ni. Kalau tak de keluarga, siapalah kita. Perkara yang aku paling takut adalah kehilangan org tersayang aku. Sebab tu la hari-hari aku berdoa kepada Allah SWT supaya selamatkanlah dan curahkanlah rahmatmu kepada ibu bapaku serta keluargaku. Aku pun takut jugak satu hari nanti kalau-kalau aku dah berjaya, dah kaya, dah senang, aku akan lupakan mak bapak aku. ish...selisih.. janganlah aku jd mcm tu. Pada aku, semuanye bermula daripada keluarga. Kalau aku nak buat ape-ape, kebiasaannya aku mesti mintak pendapat keluarga aku dulu. Keredhaan dan kerestuan daripada ibu bapa amat penting bagi aku. Jasa ibu bapa ni kalau nak dikira mmg tak terkira. Terlalu besar jasa mereka.Teringat jugak aku pada satu kisah di mana seorang anak muda yg bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang mampukah dia membalas jasa ibunya dengan membantu ibunya menunaikan ibadah haji dengan mendukung ibunya daripada mula hinggalah ke akhirnya? Jawapan baginda kepada pemuda tersebut adalah tidak. Begitulah besarnya jasa seorang ibu kepada seorang anak yang kadang-kala lupa dengan jasa dan pengorbanan ibunya. Oleh itu, disini aku ingin menyeru kepada diri aku sendiri dan para pembaca supaya sentiasalah mengingati jasa dan pengorbanan keluargamu. sayangilah ibu bapamu dengan sentiasa mengambil berat tentang diri mereka. walaupun kamu berada jauh daripada mereka, luangkanlah sedikit masa untuk berhubung dengan mereka. tunjuklah kasih sayangmu kepada mereka.  

Saturday, October 2, 2010

僕のオールタイム大好きなドラマ

1. プロポーズ大作戦


礼!俺は礼のことが・・・
岩瀬健は「やり直してぇな~」って言った。



薫ちゃんはやっぱり可愛いですね~




池内亜也さん




これはハヤシライスですか?



全てはプリンのために・・・
榊の変な顔。







Friday, October 1, 2010

Martabat Bahasa Malaysia

Assalammualaikum. Hari ini aku ingin melontarkan pendapat dan pandangan tentang bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia.

Tapi sebelum itu, mari kita sama-sama tonton video ini.  



Jadi apa yang boleh kita dapat daripada video di atas selain daripada mengatahui video ini adalah tentang game semata-mata? Adakah anda perasan bahawa lelaki yang ditemuramah (lelaki Jepun) itu bertutur di dalam bahasa ibundanya yang kemudiannya didubkan ke dalam Bahasa Inggeris? Apakah yang ingin saya sampaikan sebenarnya? 

Sebenarnya saya benar-benar kagum dengan bangsa negara Matahari Terbit ini. Mereka amat menyayangi bahasa ibunda yang telah diperturunkan dari generasi-generasi terdahulu. Mereka berasa amat megah dengan bahasa ibunda mereka. Video di atas adalah salah satu daripada pelbagai bukti yang menyatakan masyarakat Jepun sayang dengan bahasa mereka. Dia(lelaki Jepun) tidak sikit pun berasa malu atau segan untuk berbahasa Jepun walaupun ditemuramah oleh orang Inggeris. Dia seolah-olah sedang bercakap dengan rakan senegaranya. Inilah yang ingin saya sampaikan di dalam video ini terutamanya kepada rakyat Malaysia.

Bagaimanakah jikalau tempat lelaki Jepun tersebut digantikan oleh diri anda sendiri? Adakah anda cukup berani untuk berbahasa Malaysia? Most likely, tidak kan? Mengapa? "Sebab saya berasa malu untuk berbahasa Malaysia di depan orang Inggeris tersebut." Adakah itu salah satu daripada jawapan anda? 

Inilah salah satu faktor mengapa martabat Bahasa Malaysia semakin dipandang rendah oleh masyarakat luar dan Malaysia sendiri. Adakah pernah anda terfikir mengapa bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Jepun sebagai contoh yang terdekat sekali, semakin berkembang setiap hari? Jikalau kita lihat ramai rakyat Jepun gagal dalam berbahasa Inggeris namun mereka masih maju dari semua aspek boleh dikatakan.

Baiklah, mari kita lihat senario di Malaysia pula. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mengetahui pengetahuan asas di dalam Bahasa Inggeris terutamanya bagi masyarakat yang hidup di bandar. Berlawanan sekali dengan senario di Jepun, rakyat Malaysia amat berasa bangga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini boleh dibuktikan apabila terdapat segelintir rakyat Malaysia telah mula menganggap Bahasa Malaysia jika tidak digunakan lagi pun tiada  memberi kesan kepada mereka. Saya sebagai rakyat Malaysia berasa amat kecewa dengan situasi ini. 

Tidakkah anda ingin Bahasa Malaysia berkembang seperti Bahasa Jepun? Tidakkah anda berasa bangga apabila terdapat kursus khas mempelajari Bahasa Malaysia di semua universiti di seluruh dunia seperti Bahasa Jepun? Fikirkanlah.