Tuesday, September 28, 2010

UMT, Kehidupan Baruku...

Setelah lebih kurang 14 tahun aku bertungkus-lumus belajar daripada tabika sampailah ke upper six, akhirnya, sampai jugak hajat aku nak masuk IPTA. Alhamdulillah. Berkat daripada doa ibu bapa dan guru-guru aku. Mmm... Diam tak diam dah dekat 3 bulan dah aku belajar kat UMT. Walaupun UMT tak ada langsung dalam 8 pilihan aku, tapi aku sangat bersyukur sebab qualify untuk masuk ke IPTA dan bukan IPTS. Aku pun bersyukur jugak sebab aku dapat course yang cukup sesuai dengan mental dan fizikal aku. Matematik Kewangan atau dalam BI Financial Mathematics. Dunia kecil aku menja'di semaki besar bila aku melangkahkan kaki aku ke dalam dunia 'baru' aku ni. Aku jumpe macam-macam jenis orang kat sini. Ada yang baik, yang kurang baik, yang 'gile', yang matang dan macam-macam jenis lagi la. Pengalaman aku pun makin bertambah. Macam-macam bende aku belajar kat sini. Universiti memang betul-betul tak sama dengan sekolah. Kat Universiti, semuanye ko kene buat sendiri. Basuh baju, iron baju, makan minum, bajet perbelanjaan harian dengan masak maggi sendiri. hehehe.. Aku rasa aku dah mula biase dengan lifestyle kat sini. Aku sendiri pun dah ade aku punya lifesyle dengan rutin harian sendiri. Lecturer-lecturer kat sini pun baik-baik orangnye. Kire semuanye ok la setakat ni..

No comments:

Post a Comment