Sunday, October 10, 2010

Keluargaku....

Assalammualaikum.... Hari ni aku terase mcm nak cakap pasal family aku la. Betapa pentingnya family aku pada aku. Mcm org Jepun selalu cakap, "ご家族は一番大事なものです。" yang berbunyi "go kazoku wa ichiban daiji na mono desu.". Maksudnya adalah "Keluarga adalah benda yang paling penting.". Aku betul-betul setuju dengan statement ni. Kalau tak de keluarga, siapalah kita. Perkara yang aku paling takut adalah kehilangan org tersayang aku. Sebab tu la hari-hari aku berdoa kepada Allah SWT supaya selamatkanlah dan curahkanlah rahmatmu kepada ibu bapaku serta keluargaku. Aku pun takut jugak satu hari nanti kalau-kalau aku dah berjaya, dah kaya, dah senang, aku akan lupakan mak bapak aku. ish...selisih.. janganlah aku jd mcm tu. Pada aku, semuanye bermula daripada keluarga. Kalau aku nak buat ape-ape, kebiasaannya aku mesti mintak pendapat keluarga aku dulu. Keredhaan dan kerestuan daripada ibu bapa amat penting bagi aku. Jasa ibu bapa ni kalau nak dikira mmg tak terkira. Terlalu besar jasa mereka.Teringat jugak aku pada satu kisah di mana seorang anak muda yg bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang mampukah dia membalas jasa ibunya dengan membantu ibunya menunaikan ibadah haji dengan mendukung ibunya daripada mula hinggalah ke akhirnya? Jawapan baginda kepada pemuda tersebut adalah tidak. Begitulah besarnya jasa seorang ibu kepada seorang anak yang kadang-kala lupa dengan jasa dan pengorbanan ibunya. Oleh itu, disini aku ingin menyeru kepada diri aku sendiri dan para pembaca supaya sentiasalah mengingati jasa dan pengorbanan keluargamu. sayangilah ibu bapamu dengan sentiasa mengambil berat tentang diri mereka. walaupun kamu berada jauh daripada mereka, luangkanlah sedikit masa untuk berhubung dengan mereka. tunjuklah kasih sayangmu kepada mereka.  

Saturday, October 2, 2010

僕のオールタイム大好きなドラマ

1. プロポーズ大作戦


礼!俺は礼のことが・・・
岩瀬健は「やり直してぇな~」って言った。



薫ちゃんはやっぱり可愛いですね~




池内亜也さん




これはハヤシライスですか?



全てはプリンのために・・・
榊の変な顔。







Friday, October 1, 2010

Martabat Bahasa Malaysia

Assalammualaikum. Hari ini aku ingin melontarkan pendapat dan pandangan tentang bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia.

Tapi sebelum itu, mari kita sama-sama tonton video ini.  



Jadi apa yang boleh kita dapat daripada video di atas selain daripada mengatahui video ini adalah tentang game semata-mata? Adakah anda perasan bahawa lelaki yang ditemuramah (lelaki Jepun) itu bertutur di dalam bahasa ibundanya yang kemudiannya didubkan ke dalam Bahasa Inggeris? Apakah yang ingin saya sampaikan sebenarnya? 

Sebenarnya saya benar-benar kagum dengan bangsa negara Matahari Terbit ini. Mereka amat menyayangi bahasa ibunda yang telah diperturunkan dari generasi-generasi terdahulu. Mereka berasa amat megah dengan bahasa ibunda mereka. Video di atas adalah salah satu daripada pelbagai bukti yang menyatakan masyarakat Jepun sayang dengan bahasa mereka. Dia(lelaki Jepun) tidak sikit pun berasa malu atau segan untuk berbahasa Jepun walaupun ditemuramah oleh orang Inggeris. Dia seolah-olah sedang bercakap dengan rakan senegaranya. Inilah yang ingin saya sampaikan di dalam video ini terutamanya kepada rakyat Malaysia.

Bagaimanakah jikalau tempat lelaki Jepun tersebut digantikan oleh diri anda sendiri? Adakah anda cukup berani untuk berbahasa Malaysia? Most likely, tidak kan? Mengapa? "Sebab saya berasa malu untuk berbahasa Malaysia di depan orang Inggeris tersebut." Adakah itu salah satu daripada jawapan anda? 

Inilah salah satu faktor mengapa martabat Bahasa Malaysia semakin dipandang rendah oleh masyarakat luar dan Malaysia sendiri. Adakah pernah anda terfikir mengapa bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Jepun sebagai contoh yang terdekat sekali, semakin berkembang setiap hari? Jikalau kita lihat ramai rakyat Jepun gagal dalam berbahasa Inggeris namun mereka masih maju dari semua aspek boleh dikatakan.

Baiklah, mari kita lihat senario di Malaysia pula. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mengetahui pengetahuan asas di dalam Bahasa Inggeris terutamanya bagi masyarakat yang hidup di bandar. Berlawanan sekali dengan senario di Jepun, rakyat Malaysia amat berasa bangga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini boleh dibuktikan apabila terdapat segelintir rakyat Malaysia telah mula menganggap Bahasa Malaysia jika tidak digunakan lagi pun tiada  memberi kesan kepada mereka. Saya sebagai rakyat Malaysia berasa amat kecewa dengan situasi ini. 

Tidakkah anda ingin Bahasa Malaysia berkembang seperti Bahasa Jepun? Tidakkah anda berasa bangga apabila terdapat kursus khas mempelajari Bahasa Malaysia di semua universiti di seluruh dunia seperti Bahasa Jepun? Fikirkanlah.

Thursday, September 30, 2010

僕の宝物。

Assalammualaikum. Haaa... Saje je sebenarnye aku nak tulis tajuk hari ni dalam Bahasa Jepun. Rase-rasenye faham tak ape yang aku tulis tu? Bunyinye macam ni, 'Boku no Takaramono'. Maksudnya pulak kalo direct translationnye adalah 'Harta Karun Aku' atau lebih spesifik lagi 'Bende-bende Kesayangan Aku'. Itulah yang aku ingin tuliskan dalam blog aku malam ini. 

Inilah antara bende-bende kesayangan aku mengikut tahap kepentingan:
Aku sayang sangat dengan PS3 & PSP aku. Mak aku yang belikan PS3 untuk aku. Terima kasih mak. PSP pulak, aku yang beli sendiri. Dua bende ni dah macam best friend aku. Malah lagi baik lagi daripada best friend kot. PS3 & PSP aku la bende yang selalu menemani aku tak kira bila-bila mase sekali pun dan yang paling memahami perasaan aku. Setiap kali aku bermain dengan diorang, aku dapat lupakan dunia sebenar aku, masalah, resah dan bimbang aku. After all, ni semua memang hobi aku pun. Aku seorang yang kaki game kalau nak tau la. Sebab tu aku letak ni sebagai nombor 1. Hehe..

Yang kedua adalah handset aku. Handset memang cukup penting bagi aku. Tambahan pulak aku dah berjauhan dengan keluarga yang tercinta sekarang. Aku rase hidup aku akan jadi tak lengkap kalau aku takde handset. Aku dah la jenis hari-hari suke call mak aku (eceh... anak mak la katakan). Aku bukan ape, tapi aku tak nak mak bapak aku rase yang aku lupekan diorang nanti. Lagi pun, aku memang suke nak call diorang setiap hari. Sekurang-kurangnya dapat tanya khabar diorang dan hilang sikit rindu kat family. Aku jugak suke dengar lagu guna handset aku ni.

 Yang ketiga adalah notebook aku. Memang penting bagi aku. Kalo takde macam mane aku nak online atau nak siapkan assignment-assignment aku, nak bukak facebook? Notebook aku lebih kurang same dalam gambar ni la.. Tapi dah buruk sikit. Terima kasih banyak-banyak pada mak sekali lagi, sebab mak la yang belikan aku notebook ni. 有難うお母さん!

Sekian.  Assalammualaikum.

Wednesday, September 29, 2010

日本、Jepun, Japan

Assalammualaikum. Izinkan aku untuk berbahasa Jepun pada malam ni.

はじめまして。今年は僕は大学生になりました。やっぱりこれが新体験です。大学入学以来いろいろな人が出会えた。僕は今良くわかった。 これからは僕の新しい人生が始まります。これからは全部の事が自分で決める。今僕は遠いところに居るんです。友達は一番近い味方です。家族が遠い。だから、友達は本当に大切なものです。時々家族をミッスしていた。でも仕方ない。これが僕の夢です。僕は諦めたくないんです。絶対に。後三年ぐらい僕は卒業します。だから諦めたくない。

Kepada sesiapa yang pandai berbahasa Jepun, kalau aku tersilap tulis ape2 kat atas tolong bagi tahu ye. Ni bukan meaning bagi perenggan di atas. Nak tahu maksudnye? Belajarlah Bahasa Jepun. Aku baru start belajar Bahasa Jepun lebih kurang 1 tahun yang lepas(belajar sendiri). Aku tak tahu kenape, tapi aku minat sangat dengan Bahasa Jepun. Pada aku bahasa ni cukup senang untuk dipelajari oleh sesiapa pun. Kalo ade yang susah pun, sebab nak afal bentuk-bentuk dan turutan-turutan stroke kanji je.  Kalo boleh, aku nak further study kat sana dalam bidang Bahasa Jepun. Sekarang ni pun aku tengah usaha macam mane nak sambung study kat Jepun daripada UMT. Salah satu jalan aku rase aku kene ambil course Bahasa Jepun sem 3 nanti. Aku suke bace blog-blog budak-budak Malaysia yang tengah belajar kat Jepun. Bile bace blog diorang, aku yang excited lebih-lebih. Sigh... Syoknye kalo dapat sambung belajar kat Jepun.

Bagi sesiape yang tak tau apekejadahnye Jepun tu. Sila klik di sini.

Itu saja untuk hari ini. Assalammualaikum.

Tuesday, September 28, 2010

UMT, Kehidupan Baruku...

Setelah lebih kurang 14 tahun aku bertungkus-lumus belajar daripada tabika sampailah ke upper six, akhirnya, sampai jugak hajat aku nak masuk IPTA. Alhamdulillah. Berkat daripada doa ibu bapa dan guru-guru aku. Mmm... Diam tak diam dah dekat 3 bulan dah aku belajar kat UMT. Walaupun UMT tak ada langsung dalam 8 pilihan aku, tapi aku sangat bersyukur sebab qualify untuk masuk ke IPTA dan bukan IPTS. Aku pun bersyukur jugak sebab aku dapat course yang cukup sesuai dengan mental dan fizikal aku. Matematik Kewangan atau dalam BI Financial Mathematics. Dunia kecil aku menja'di semaki besar bila aku melangkahkan kaki aku ke dalam dunia 'baru' aku ni. Aku jumpe macam-macam jenis orang kat sini. Ada yang baik, yang kurang baik, yang 'gile', yang matang dan macam-macam jenis lagi la. Pengalaman aku pun makin bertambah. Macam-macam bende aku belajar kat sini. Universiti memang betul-betul tak sama dengan sekolah. Kat Universiti, semuanye ko kene buat sendiri. Basuh baju, iron baju, makan minum, bajet perbelanjaan harian dengan masak maggi sendiri. hehehe.. Aku rasa aku dah mula biase dengan lifestyle kat sini. Aku sendiri pun dah ade aku punya lifesyle dengan rutin harian sendiri. Lecturer-lecturer kat sini pun baik-baik orangnye. Kire semuanye ok la setakat ni..

Finally, My Own Blog!

Finally, I have my own blog now. After reading several blogs just now, I decided to create my own blog. I don't know why, but it looks interesting to me. So, I create one for myself. That's all. Bye!